Monday, 22 March 2021

Sinopsis penuh Novel Sweet Sour - Nasz

 Well, dah berhabuk dah blog ni. Tapi kali ni saja nak tulis sinopsis penuh Novel Sweet Sour dari Nasz. Untuk penulis jika anda tidak senang dengan penulisan ni boleh komen ye, nanti saya akan padam dari blog ni. Tujuan saya menulis sinopsis penuh ini kerana saya merasakan ini adalah novel terbaik yang pernah saya baca dalam hidup saya. Jalan cerita yang sempurna menyebabkan agak susah untuk saya move on dari cerita ini. Memandangkan saya tiada kawan untuk berkongsi kehebatan cerita ini  jadi saya memilih untuk berkongsi dia sini. Nasz, awak adalah penulis yang hebat dan saya telah membaca semua novel tulisan awak. Harap awak akan kembali dengan novel novel lain lagi kerana awak memang mempunyai bakat menulis yang hebat. Lastly, enjoy the synopsis dekat bawah ni.



WARNING MAJOR SPOILER. PADA YANG INGIN MEMBACA NOVEL INI DENGAN PENUH PERASAAN DINASIHATKAN TIDAK MENERUSKAN PEMBACAAN ANDA.


Sweet sour mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lia. Lia bercinta dengan Zarul dari zaman universiti dan Zarul merupakan seniornya. Bagaikan merpati dua sejoli, mereka selalu ada untuk masing masing dan mempunyai peragai gila gila yang sama. Hubungan mereka tersangatlah akrab dan mereka juga merancang untuk berkahwin dan telah direstui keluarga kedua belah pihak.

Dalam tempoh masa 5 tahun itu juga, Lia seringkali "accident" dengan seorang lelaki yang tidak pernah dia ingati. Setiap kali berjumpa dengan lelaki itu, Lia tak pernah kenal lelaki itu walaupun mereka telah tiga kali berjumpa. Akhirnya pada perjumpaan kali ke 4, sewaktu majlis yang diadakan oleh keluarga Zarul, lelaki itu mengambil tindakan untuk memperkenalkan dirinya kepada Lia. Namun sayangnya Lia masih tidak mengingati lelaki itu. Sewaktu di majlis itu juga, Zarul memperkenalkan Lia sebagai teman wanitanya kepada lelaki itu. Lia bertanyakan kepada Zarul siapa lelaki itu, dan Zarul menjawab itu adalah abang kandungnya Faizul atau lebih dikenali sebagai Joe. Zarul turut memberi amaran agar Lia tidak dekat dengan Joe kerana Joe seorang yang bahaya.

Tidak lama selepas majlis itu, Zarul tiba-tiba berubah. Lia tidak menyedari perubahan itu sehinggalah Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya bersama wanita lain. Lia terkejut dan meminta penjelasan Zarul, namun Zarul tidak memberitahunya. Dengan hati yang kecewa Lia tahu dia harus menerima khabar ini. Sewaktu ini juga, muncul Joe sebagai penyelamat Lia dan sentiasa ada bersama Lia. Ketika Lia diragut juga, Joe hadir sebagai hero yang membantu Lia. Sewaktu Lia menghadiri majlis perkahwinan Zarul, hatinya kecewa dan sedih namun Joe sentiasa ada bersamanya membantu untuk mengurangkan rasa sedihnya. Joe juga memujuk Lia dan memberikan kata kata semagat pada gadis itu.

Waktu silih berganti, tiba tiba Lia mendapat panggilan dari kampung yang ada pinangan dari keluarga Zarul untuknya. Dia terkejut dan bertanya siapa calon suaminya dan ternyata orang itu adalah Joe. Lia cuba menolak namun hakikatnya dia tahu dia masih sayangkan Zarul lalu Lia mengambil keputusan untuk menerima pinangan keluarga Zarul kerana dia mahu bersama Zarul walaupun bukan sebagai isteri lelaki itu. Lia juga menyangka bahawa Joe terpaksa menerimanya sebagai isteri kerana didesak keluarga.

Perkahwinan Lia dan Joe tidak berubah seperti sekadar kawan dan roommate. Joe selalu cuba menjadi suami yang terbaik untuk Lia walaupun dia tahu Lia mencintai Zarul. Sering kali hatinya terluka dengan perbuatan Lia yang sering bersama Zarul dan sentiasa melebihkan Zarul darinya. Hatinya bertambah terluka apabila Lia mengakui sendiri yang dia mencintai Zarul.

Konflik mula terjadi apabila berlaku pergolakan rumah tangga sahabat baik Lia iaitu Hanim. Shima yang merupakan scandal suami Hanim mengugut Lia untuk mendedahkan hubungannya dengan Zarul jika Lia tidak berpisah dengan Zarul. Shima juga mengugut untuk menghancurkan rumah tangga Zarul. Disebabkan itu juga, sekali lagi Zarul melarikan diri dari Lia dan berpindah ke Melbourne. Lia yang ditinggalkan terkapai kapai menyelesaikan masalah yang timbul. Shima juga mengugut Lia untuk meninggalkan Joe. Tersepit dalam keadaan begitu ditinggalkan Zarul, menyebabkan  Lia menjadi sedih dan lemah. Hanya Joe tempat untuk dia berpaut kerana lelaki itu sentiasa ada untuknya. Namun ugutan Shima bermain dibenaknya. Ketika dia merasakan dia keseorangan menghadapi masalah ini, dia sedar yang dia mula cintakan Joe. Perasaan rindunya pada Joe mula mekar, menyebabkan pada akhirnya dia memilih untuk menjadi isteri Joe dalam erti kata yang sebenarnya. Namun setelah itu, kerana ugutan Shima, dia mengambil keputusan untuk tinggalkan Joe dan keluar dari rumah mereka.

Setelah beberapa hari tinggal di hotel, ugutan Shima tidak lagi menghantuinya, Lia mula berfikir secara rasional dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya semula dan berterus terang kepada Joe tentang hubungannya dengan Zarul. Seperti biasa, kerana sayangkan Lia, Joe tetap memaafkan Lia dan menerima Lia kembali disisinya.

Hampir dua tahun hidup bahagia bersama, Joe dan Lia merancang untuk mempunyai cahaya mata bersama. Ketika Lia dapat tahu dia mengandungkan anak Joe dia begitu gembira namun kegembiraannya tidak lama kerana dia terserempak dengan Zarul diluar klinik. Zarul mengajaknya berbincang, pada mulanya Lia menolak namun bila Zarul memaksa dengan menyatakan ada perkara yang perlu disampaikan tentang Joe, Lia menurut.

Disitu Zarul menceritakan apa yang terjadi yang menyebabkan dia berkahwin dengan wanita lain secara tiba tiba. Zarul memberitahunya bahawa dia diugut oleh Joe untuk tinggalkan Lia hanya kerana latar belakang Lia yang teruk. Di situ juga Lia tahu dia bukan anak kepada ibunya tetapi anak kepada seorang GRO dan banduan. Zarul juga menyatakan pada Joe dia tidak pernah kisahkan siapa Lia kerana dia tetap akan cintakan Lia, namun Joe mengugut untuk memasukkan Zarul ke dalam penjara atas tuduhan membunuh yang berlalu hampir sedekat yang lalu. Kemalangan yang disebabkan oleh Zarul sehingga mengorbankan nyawa seorang mahasiswa namun kes itu terkubur begitu sahaja kerana Joe telah mengunakan wang untuk menutup kes itu. Kerana rasa takut, Zarul akhirnya bersetuju untuk meninggalkan Lia. Joe juga memaksa Zarul untuk pinangkan Lia untuk dirinya kerana dia mahukan tubuh Lia dan apabila dia sudah bosan, dia akan ceraikan Lia dan benarkan Zarul untuk bernikah dengan Lia. Disebabkan takut Lia berkahwin dengan orang lain dan melenyapkan peluangnya untuk bersama Lia, Zarul menurut permintaan Joe untuk pinangkan Lia untuk Joe.

Disebabkan kenyataan itu, Lia tidak percaya apa yang Zarul sampaikan sehingga dia pulang ke rumahnya dan mencari bahan bukti untuk menyakinkannya yang Zarul menipu, namun harapannya punah ketika dia menjumpai bukti bukti tersebut dalam telefon Joe. Lia yang kecewa memilih untuk meninggalkan Joe dan mengikut Zarul ke JB. Tiga bulan di sana, akhirnya Joe dapat mengesan Lia dan memaksa Lia untuk kembali ke KL bersamanya.

Sekembalinya di KL , mereka bertengkar dan Lia menceritakan apa yang Zarul telah ceritakan padanya. Joe yang sudah dapat mengagak cuba membela dirinya dan mengatakan apa yang dia lakukan kerana dia terlalu sayangkan Lia dan dia takut kehilangan Lia. Namun Lia yang kecewa dengan Joe memilih untuk tidak menerima perbuatan Joe yang sangat kejam terhadap dirinya dan Zarul. Tindakan Joe mengatakan dia cuma mahukan tubuh Lia pada Zarul juga seolah olah meletakkan maruahnya pada tahap terendah. Lia cuba untuk keluar dari bilik Joe namun Joe menghalang dengan memeluk Lia. Dan dari situ Joe tahu yang Lia sedang mengandung. Dia cuba tenangkan Lia dan cuba menjernihkan keadaan. Namun Lia memberitahu Joe yang anak yang dikandung bukan milik Joe tetapi milik Zarul. Joe yang kecewa dengan kenyataan Lia terus meninggalkan Lia. Lia juga menyesal dan terkejut dengan kata katanya sendiri sehingga menyebabkan Joe pergi dari rumah itu.

Tiga minggu Joe tidak pulang ke rumah, Lia berbincang dengan kedua orang tuanya tentang status dirinya. Ibubapanya menceritakab hal sebenarnya kepadanya dan Lia merasakan dia patut berterima kasih kepada Joe kerana membongkarkan hal sebenarnya kepadanya namun dia taktahu dimana harus dia mencari Joe. Lia terlalu rindukan Joe dan dia sedar, sejahat manapun Joe, hatinya telah lama memilih untuk bersama Joe. Satu hari Lia terlanggar bucu meja menyebabkan ada pendarahan dan dikejar ke hospital. Setelah Lia sedar, Joe datang melawatnya. Disitu dia menceritakan hal sebenarnya kepada Joe yang anak yang dikandungnya milik mereka berdua bukan Zarul. Joe menyatakan dia tahu apa yang diluahkan Lia kerana Lia terlalu membencinya atas perbuatan yang dilakukan dan dia tidak mahu lagi memaksa Lia untuk hidup bersamanya. Dia tidak mahu Lia bersedih lagi kerana terpaksa bersamanya dan akhirnya Joe menceraikan Lia. Lia yang terkejut menangis kerana dia tidak mahu berpisah dengan Joe.

Sebaik keluar dari hospital, rakan baik Joe menghubungi Lia untuk berjumpa dengan nya. Di sana, Razif menceritakan apa yang terjadi sehingga Joe sanggup melakukan semua perbuatan kejamnya itu. Razif menyatakan Joe terlalu mencintai Lia sehinggakan Joe sanggup melepaskan kehidupan lalunya dan berubah 100% hanya kerana dia mahu bersama Lia. Razif juga meminta Lia untuk memujuk Joe kembali ke office kerana Joe tidak lagi mempedulikan sekelilingnya.

Lia pulang kerumah dan mendengar perbualan mertuanya yang Joe sudah lama tidak ke pejabat dan mereka buntu dimana Joe berada. Lia terus mendapatkan Zarul untuk meminjam kunci kereta dan terus menuju ke kondo milik Joe. Lia cuba mengetuk pintu namun tiada sebarang respon. Zarul yang muncul dari belakang, menyerahkan kunci pendua kondo itu kepada Lia dan menyatakan Joe juga ingin bertemu Lia. Zarul turut menyatakan dia bertemu dengan Joe dan melihat kesedihan Joe yang terpaksa melepaskan Lia kerana tidak mahu Lia bersedih lagi. Zarul turut menyatakan sudah tiba masanya dia lepaskan Lia kerana dia tahu hati Lia bukan lagi miliknya tetapi pemilik hati Lia yang sebenarnya adalah Joe. Lia berterima kasih pada Zarul dan menyatakan mereka tetap kawan selamanya.

Mengunakan kunci mendua Lia masuk kedalam kondo Joe. Lia menuju ke bilik Joe dan melihat Joe sedang lena diatas katil. Wajah Joe yang tidak terurus menambahkan kerisauan dihatinya. Dia baring disebelah Joe dan tanganya menyentuh dahi Joe kerana bimbang lelaki itu demam. Terasa sentuhan tangan Lia, Joe membuka mata dan terkejut melihat Lia disisinya. Lia bertanya kesihatan Joe dan Joe hanya mengangguk menyatakan dia sihat. Lia berkata pada Joe mulai sekarang Joe kena hidup bersamanya sampai bila bila dan Joe tidak boleh menyesal. Joe tersenyum dan menyatakan dia takkan berpernah menyesal. Joe dan Lia akhirnya pulang ke rumah ibubapa Joe untuk mengambil barang Lia kerana mereka akan kembali semua ke rumah mereka. Cerita berakhir di bilik tidur Joe dimana Lia mengusik Joe dengan membangkitkan peragai nakal Joe sewaktu dahulu menyebabkan Joe terus berlari mengejar dan memeluk Lia dan Lia sedar yang dia takkan mampu berlari jauh dari Joe.

TAMAT

Thursday, 22 February 2018

Thank you guys for the memories

To be a part of volleyball team is not on my plan or to-do-list for this last semester since I'll graduating soon. Everything begin when I just want to help my friends to practice their game because they have upcoming match with others batch. I just join them to practice every morning and evening for a couple weeks. As their team lack of members, they ask me to join them since I can play even though I'm not too expert. I just agree since I also start to enjoy the game and I comfortable with the members.

Luckily, I'm very blessed because make this decision to join their team because it's the most valuable memories for my final semester. I get along so well with all member, we get to know each other, learn a new game, get a new experience and surely I will miss them so much after graduating.

Thank you guys for the memories. Thank you Hana, Asma, Oya, Fatin, Tihah, Yaya, Ila, Hazi, Kinah.. I will miss to be part of the team again. This is my first game that I have join in my university life. Before this, I focus more to be a volunteer instead of playing game because sport is not my passion but I'm totally wrong. Volunteerism or playing a game is totally same as long as you enjoy it. Again, thank you guys for the memories and for everything💞💞



Tuesday, 3 January 2017

Banjir vs Last Paper Syndrome..

2.40AM..

Waktu ni aku masih berjaga..study untuk paper last esok walaupun mood study dah kelaut sebenarnya.. Dan hujan..Dah masuk hari ketiga hujan tak berhenti dekat sini.. Sedangkan aku akan balik ke Kedah esok.. Tapi malangnya, semua laluan balik ke Kedah dah pun ditutup disebabkan ditengelami air dan arus air yang deras.

Stress? Sudah semestinya..Rasa macam nak menagis meraung tapi aku sabarkan hati. Ini semua ujian..Ada orang lain yang lagi teruk bergelut dengan banjir. Ada yang kehilangan tempat tinggal, air bersih..dan aku harus bersyukur yang aku masih boleh menikmati semua tu cuma, aku tak mampu untuk pulang ke pangkuan mak ayah buat masa sekarang..

Aku sabarkan hati sebab esok merupakan paper terakhir sem ni. Dr Fahmi dah banyak tolong untuk kitaorang lulus dan skor dengan cemerlang subjek ni..Dan aku rasa aku tak patut persiakan effort dia..

Lagipun aku dah janji dengan mak untuk dapat result yang okay..

Doakan aku untuk jawab exam esok.. :')

dan doakan agar Kelantan tak lagi diuji dengan bah yang teruk seperti 2014. Aku sebagai sukarelawan dulu,aku tahu sedih yang diaorang tanggung dan kesulitan yang diaorang hadapi..

#PRAY4KELANTAN

Sunday, 14 April 2013

Review Novel Mama Mia Syaza by Emy Roberto

Hoolla!Dah lama tak update my belog.Bersawang sana sini,memang laman sesawang betul!hahak..So kali ini saya nak bgi satu review dan sinopsis novel yg baru saya beli..Mama Mia Syaza dari sebuah penerbitan terbaru Lovenovel Publication..Untuk novel ni saya bagi 5 BINTANG!Ceritanya memang cukup rasa dan tersangatlah best.Tak rugi kalau beli,kalau nak untung beli dengan pihak Lovenovel sendiri dpt diskaun n post percuma..So saya sediakan sedikit review tpi sebelum tu tahniah Emy Roberto gud job!Saya bukan pndai sangat nk buat review tpi....terima je lah..

Review + Sinopsis =
Review novel Mama Mia Syaza..

Kali pertama saya membaca novel ini adalah menerusi laman Group Mama Mia Syaza di FB.Jalan ceritanya tersangatlah awesome!..Mengisahkan cinta agung Maya Laila dan Syazwan Imad.Pertemuan di Sheffield telah membuahkan rasa cinta yang bukan sedikit pada mereka berdua.Syazwan Imad,kasanova terulung..Mengahwini Maya hanya kerana tuntutan nafsu..

'Tidur dengan saya Maya?'-Syazwan

Soalan itu sering di tanya pada Maya sebelum mereka berkahwin.Penolakan demi penolakan menyebabkan dia melamar Maya.

'Then when can I get you?'-Syazwan

'The day when you become my husband and I become your wife.'-Maya

'Then marry me,Maya.'-Syazwan

Perkahwinan yang di bina sangat bahagia.Syawan merupakan seorang suami yang sangat sempurna dari semua aspek kecuali keimanannya.Seorang yang suka memasak.

'Maya nak makan apa hari ni?Name it,I'll cook for you.'-Syazwan

Meskipun sudah mengahwini Maya namun peragai kasanovanya tak pernah hilang.Namun Maya tetap wanita yang paling di cintai.

'My favourite colour is the colour of your lips and my favourite woman is you.''-Syazwan

Syazwan tak pernah bersolat namun tak pernah lupa mengejutkan Maya untuk mengerjakan solat Subuh.Malah setiap permintaan Maya akan di turuti penuh rela dan ikhlas.Dia sanggut menghabiskan duit semata-mata ingin membelikan Maya patung Winnie The Pooh kesukaan Maya yang di miliki oleh orang lain.Walaupun harga yang di tawarkan sepuluh kali ganda dari harga sebenar. Dia ternyata seorang suami yang penyayang.Mereka selalu berbahas untuk perkara yang kecil.

'Winnie the pooh is a girl,'-Maya

'No, he's a boy.'-Syazwan

'Habis tu kenapa nama dia Winnie? Trans gender ke apa?'-Maya

'What? Awak ni overlah.Mak dia yang bagi nama Winnie.So blame the mum,not him.'-Syazwan

Namun berita tentang kehamilan Maya meragut semuanya..

'Choose only one.Me or the baby?'-Syazwan

Pilihan yang di berikan benar-benar membuatkan Maya tersepit.Dia mahukan baby tetapi dia juga mahukan suaminya.

'What if I choose the baby?'-Maya

'Then I'll leave'-Syazwan

Perpisahan yang berlaku benar-benar menyakitkan kerana tiada bertengkaran ataupun pergaduhan di antara mereka.Maya di tinggalkan bersama bayi yang di kandungkan.Namun jauh di sudut hati Maya dia masih berharap agar mereka akan di pertemukan lagi satu hari nanti dan waktu itu di berharap agar Syazwan Imad sudah berubah menjadi Syazwan Imad yang baru.

Perginya Syazwan Imad bukan kehendaknya tapi demi ego yang mengunung dia melangkah pergi juga.Dia masih belum bersedia bergelar seorang ayah.Dia takut zaman hitamnya sewaktu kecil berulang kembali pada anaknya.Dia akan sibuk dengan tugasnya dan Maya akan sibuk dengan kelasnya.Anak mereka akan di tingggalkan dengan pembantu rumah yang kejam!Itulah yang bermain di fikirannya.Lantas dia pergi membawa diri setelah Maya lebih memilih bayi itu.Tambahan pula dirinya yang sudah lama tersesat menyebabkan dia pergi menjauhi anaknya.

'Maya jalan lurus.Aku jalan bengkok.Anak akan tempang!'-Syazwan.

Setelah tiga tahun berlalu,sekali lagi mereka di pertemukan.Namun harapan Maya tinggal kenangan.Syazwan Imad masih tak berubah.Peragai kasanovanya masih tersemat kukuh dalam jiwanya.Dan dia juga masih lagi tidak bersedia menjadi seorang ayah.

'Meeting Mia?'-Maya

'Sorry,Maya.Not now.'-Syazwan

Kecewa dengan sikap Syazwan.Maya meminta perpisahan dari Syazwan.Minta agar dirinya di ceraikan.

'Let me go,Syaz.For good.'-pinta Maya.

Ternyata permintaan itu menyedarkan Syazwan.Dia masih mencintai Maya.Dan sekarang di sedar dia menyayangi buah cinta mereka Mia Syaza yang sangat berkeletah dan aksi seperti anak patung bergerak.Tapi hati Maya sudah tawar,perpisahan terus di pinta sehinggalah Syazwan sekali lagi memberinya pilihan.

'Choose only one,Maya.Lilies or this small box.If you choose lilies. I'll consider that as a chance for me and I will stay.If you choose this box, I'll leave.'-Syazwan.

Ternyata pilihan kedua Maya tetap menyebabkan Syazwan pergi untuk kali kedua.Ternyata perpisahan yang di pinta menjadi kenyataan.Hatinya patut gembira tetapi apa yang berlaku sebaliknya.Dia menyesal!Sepatutnya dia memilih lilies!Perpisahan ini mengajar mereka erti cinta yang sebenarnya.Treasure hunt yang di cipta Syazwan sebelum mereka berpisah tiga tahun dulu benar-benar menyentap hatinya.Kenapa setelah semuanya telah terlewat baru dia menjumpai jawapan segala persoalannya selama ini?Surat yang di tinggalkan Syazwan sebelum meninggalkan tiga tahun dulu meranapkan hatinya.Kenapa mesti dia menjumpainya sekarang kenapa tidak tiga tahun dulu?Namun semuanya benar-benar terlewat.

Syazwan Imad berubah sepenuhnya.Meskipun Maya bukan miliknya sekurang-kurangnya dia masih lagi Papa Mia Syaza.Dia cuba menjadi yang papa yang terbaik untuk anaknya meskipun saban hari,beribu-ribu duitnya melayang kerana teletah anaknya itu.Ipone,jam tangan,telefon bimbit,kereta kesayangannya semua rosak akibat penangan Mia Syaza.Namun semua itu tak bernilai berbanding dengan kasihnya kepada anaknya itu.

'Papa tak ada duitlah,sayang.Lain kali papa belikan okey.'-Syazwan.

'Mana ada.Papa kan banyak duit.'-Mia Syaza.

Sikapnya yang seperti Maya banyak mengubat kerinduan Syazwan pada Maya.Anak kecil itu akan terus di didik dan di curahkan sepenuh kasih sayang agar kisah silamnya tak terjadi kepada anaknya.Dia sayangkan anaknyaa.Sesibuk manapun dia dia tetap meluangkan masa dengan anaknya.Cukuplah peristiwa itu terjadi pada dirinya seorang.Cukuplah hanya dirinya!Takkan sesekali di biarkan anaknya di bawah jagaan orang lain.

Maya pula kecewa dengan keputusan yang di buat membawa diri jauh dari ke Sabah.Meninggalkan Mia syaza dengan papanya.

Dapatkah Maya dan Syazwan bersatu kembali?Dapatkah Mia Syaza mempunyai keluarga yang lengkap kembali?Apa yang terkandung dalam surat Syazwan tiga tahun dulu?Apa kisah silam Syazwan yang masih menghantui dirinya?Kenapa dia meninggalkan Maya dulu?Apakah akan terjadi jika Maya memilih Syazwi yang ternyata jauh lebih baik dari Syazwan?Siapa Syazwi yang muncul dalam cerita mereka?

Semuanya akan terjawab dalam novel Mama Mia Syaza.Tahniah Emy Roberto,good job!Segalanya yang di lakarkan sangat indah sehingga saya tak mahu terlepas baca walaupun satu ayat kerana segala-galanya sangat indah.Harap karya yang seterusnya mampu berdiri setanding dengan karyanya yang ini.Mama Mia Syaza adalah kisah yang sangat awesome!