Monday, 22 March 2021

Sinopsis penuh Novel Sweet Sour - Nasz

 Well, dah berhabuk dah blog ni. Tapi kali ni saja nak tulis sinopsis penuh Novel Sweet Sour dari Nasz. Untuk penulis jika anda tidak senang dengan penulisan ni boleh komen ye, nanti saya akan padam dari blog ni. Tujuan saya menulis sinopsis penuh ini kerana saya merasakan ini adalah novel terbaik yang pernah saya baca dalam hidup saya. Jalan cerita yang sempurna menyebabkan agak susah untuk saya move on dari cerita ini. Memandangkan saya tiada kawan untuk berkongsi kehebatan cerita ini  jadi saya memilih untuk berkongsi dia sini. Nasz, awak adalah penulis yang hebat dan saya telah membaca semua novel tulisan awak. Harap awak akan kembali dengan novel novel lain lagi kerana awak memang mempunyai bakat menulis yang hebat. Lastly, enjoy the synopsis dekat bawah ni.



WARNING MAJOR SPOILER. PADA YANG INGIN MEMBACA NOVEL INI DENGAN PENUH PERASAAN DINASIHATKAN TIDAK MENERUSKAN PEMBACAAN ANDA.


Sweet sour mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lia. Lia bercinta dengan Zarul dari zaman universiti dan Zarul merupakan seniornya. Bagaikan merpati dua sejoli, mereka selalu ada untuk masing masing dan mempunyai peragai gila gila yang sama. Hubungan mereka tersangatlah akrab dan mereka juga merancang untuk berkahwin dan telah direstui keluarga kedua belah pihak.

Dalam tempoh masa 5 tahun itu juga, Lia seringkali "accident" dengan seorang lelaki yang tidak pernah dia ingati. Setiap kali berjumpa dengan lelaki itu, Lia tak pernah kenal lelaki itu walaupun mereka telah tiga kali berjumpa. Akhirnya pada perjumpaan kali ke 4, sewaktu majlis yang diadakan oleh keluarga Zarul, lelaki itu mengambil tindakan untuk memperkenalkan dirinya kepada Lia. Namun sayangnya Lia masih tidak mengingati lelaki itu. Sewaktu di majlis itu juga, Zarul memperkenalkan Lia sebagai teman wanitanya kepada lelaki itu. Lia bertanyakan kepada Zarul siapa lelaki itu, dan Zarul menjawab itu adalah abang kandungnya Faizul atau lebih dikenali sebagai Joe. Zarul turut memberi amaran agar Lia tidak dekat dengan Joe kerana Joe seorang yang bahaya.

Tidak lama selepas majlis itu, Zarul tiba-tiba berubah. Lia tidak menyedari perubahan itu sehinggalah Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya bersama wanita lain. Lia terkejut dan meminta penjelasan Zarul, namun Zarul tidak memberitahunya. Dengan hati yang kecewa Lia tahu dia harus menerima khabar ini. Sewaktu ini juga, muncul Joe sebagai penyelamat Lia dan sentiasa ada bersama Lia. Ketika Lia diragut juga, Joe hadir sebagai hero yang membantu Lia. Sewaktu Lia menghadiri majlis perkahwinan Zarul, hatinya kecewa dan sedih namun Joe sentiasa ada bersamanya membantu untuk mengurangkan rasa sedihnya. Joe juga memujuk Lia dan memberikan kata kata semagat pada gadis itu.

Waktu silih berganti, tiba tiba Lia mendapat panggilan dari kampung yang ada pinangan dari keluarga Zarul untuknya. Dia terkejut dan bertanya siapa calon suaminya dan ternyata orang itu adalah Joe. Lia cuba menolak namun hakikatnya dia tahu dia masih sayangkan Zarul lalu Lia mengambil keputusan untuk menerima pinangan keluarga Zarul kerana dia mahu bersama Zarul walaupun bukan sebagai isteri lelaki itu. Lia juga menyangka bahawa Joe terpaksa menerimanya sebagai isteri kerana didesak keluarga.

Perkahwinan Lia dan Joe tidak berubah seperti sekadar kawan dan roommate. Joe selalu cuba menjadi suami yang terbaik untuk Lia walaupun dia tahu Lia mencintai Zarul. Sering kali hatinya terluka dengan perbuatan Lia yang sering bersama Zarul dan sentiasa melebihkan Zarul darinya. Hatinya bertambah terluka apabila Lia mengakui sendiri yang dia mencintai Zarul.

Konflik mula terjadi apabila berlaku pergolakan rumah tangga sahabat baik Lia iaitu Hanim. Shima yang merupakan scandal suami Hanim mengugut Lia untuk mendedahkan hubungannya dengan Zarul jika Lia tidak berpisah dengan Zarul. Shima juga mengugut untuk menghancurkan rumah tangga Zarul. Disebabkan itu juga, sekali lagi Zarul melarikan diri dari Lia dan berpindah ke Melbourne. Lia yang ditinggalkan terkapai kapai menyelesaikan masalah yang timbul. Shima juga mengugut Lia untuk meninggalkan Joe. Tersepit dalam keadaan begitu ditinggalkan Zarul, menyebabkan  Lia menjadi sedih dan lemah. Hanya Joe tempat untuk dia berpaut kerana lelaki itu sentiasa ada untuknya. Namun ugutan Shima bermain dibenaknya. Ketika dia merasakan dia keseorangan menghadapi masalah ini, dia sedar yang dia mula cintakan Joe. Perasaan rindunya pada Joe mula mekar, menyebabkan pada akhirnya dia memilih untuk menjadi isteri Joe dalam erti kata yang sebenarnya. Namun setelah itu, kerana ugutan Shima, dia mengambil keputusan untuk tinggalkan Joe dan keluar dari rumah mereka.

Setelah beberapa hari tinggal di hotel, ugutan Shima tidak lagi menghantuinya, Lia mula berfikir secara rasional dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya semula dan berterus terang kepada Joe tentang hubungannya dengan Zarul. Seperti biasa, kerana sayangkan Lia, Joe tetap memaafkan Lia dan menerima Lia kembali disisinya.

Hampir dua tahun hidup bahagia bersama, Joe dan Lia merancang untuk mempunyai cahaya mata bersama. Ketika Lia dapat tahu dia mengandungkan anak Joe dia begitu gembira namun kegembiraannya tidak lama kerana dia terserempak dengan Zarul diluar klinik. Zarul mengajaknya berbincang, pada mulanya Lia menolak namun bila Zarul memaksa dengan menyatakan ada perkara yang perlu disampaikan tentang Joe, Lia menurut.

Disitu Zarul menceritakan apa yang terjadi yang menyebabkan dia berkahwin dengan wanita lain secara tiba tiba. Zarul memberitahunya bahawa dia diugut oleh Joe untuk tinggalkan Lia hanya kerana latar belakang Lia yang teruk. Di situ juga Lia tahu dia bukan anak kepada ibunya tetapi anak kepada seorang GRO dan banduan. Zarul juga menyatakan pada Joe dia tidak pernah kisahkan siapa Lia kerana dia tetap akan cintakan Lia, namun Joe mengugut untuk memasukkan Zarul ke dalam penjara atas tuduhan membunuh yang berlalu hampir sedekat yang lalu. Kemalangan yang disebabkan oleh Zarul sehingga mengorbankan nyawa seorang mahasiswa namun kes itu terkubur begitu sahaja kerana Joe telah mengunakan wang untuk menutup kes itu. Kerana rasa takut, Zarul akhirnya bersetuju untuk meninggalkan Lia. Joe juga memaksa Zarul untuk pinangkan Lia untuk dirinya kerana dia mahukan tubuh Lia dan apabila dia sudah bosan, dia akan ceraikan Lia dan benarkan Zarul untuk bernikah dengan Lia. Disebabkan takut Lia berkahwin dengan orang lain dan melenyapkan peluangnya untuk bersama Lia, Zarul menurut permintaan Joe untuk pinangkan Lia untuk Joe.

Disebabkan kenyataan itu, Lia tidak percaya apa yang Zarul sampaikan sehingga dia pulang ke rumahnya dan mencari bahan bukti untuk menyakinkannya yang Zarul menipu, namun harapannya punah ketika dia menjumpai bukti bukti tersebut dalam telefon Joe. Lia yang kecewa memilih untuk meninggalkan Joe dan mengikut Zarul ke JB. Tiga bulan di sana, akhirnya Joe dapat mengesan Lia dan memaksa Lia untuk kembali ke KL bersamanya.

Sekembalinya di KL , mereka bertengkar dan Lia menceritakan apa yang Zarul telah ceritakan padanya. Joe yang sudah dapat mengagak cuba membela dirinya dan mengatakan apa yang dia lakukan kerana dia terlalu sayangkan Lia dan dia takut kehilangan Lia. Namun Lia yang kecewa dengan Joe memilih untuk tidak menerima perbuatan Joe yang sangat kejam terhadap dirinya dan Zarul. Tindakan Joe mengatakan dia cuma mahukan tubuh Lia pada Zarul juga seolah olah meletakkan maruahnya pada tahap terendah. Lia cuba untuk keluar dari bilik Joe namun Joe menghalang dengan memeluk Lia. Dan dari situ Joe tahu yang Lia sedang mengandung. Dia cuba tenangkan Lia dan cuba menjernihkan keadaan. Namun Lia memberitahu Joe yang anak yang dikandung bukan milik Joe tetapi milik Zarul. Joe yang kecewa dengan kenyataan Lia terus meninggalkan Lia. Lia juga menyesal dan terkejut dengan kata katanya sendiri sehingga menyebabkan Joe pergi dari rumah itu.

Tiga minggu Joe tidak pulang ke rumah, Lia berbincang dengan kedua orang tuanya tentang status dirinya. Ibubapanya menceritakab hal sebenarnya kepadanya dan Lia merasakan dia patut berterima kasih kepada Joe kerana membongkarkan hal sebenarnya kepadanya namun dia taktahu dimana harus dia mencari Joe. Lia terlalu rindukan Joe dan dia sedar, sejahat manapun Joe, hatinya telah lama memilih untuk bersama Joe. Satu hari Lia terlanggar bucu meja menyebabkan ada pendarahan dan dikejar ke hospital. Setelah Lia sedar, Joe datang melawatnya. Disitu dia menceritakan hal sebenarnya kepada Joe yang anak yang dikandungnya milik mereka berdua bukan Zarul. Joe menyatakan dia tahu apa yang diluahkan Lia kerana Lia terlalu membencinya atas perbuatan yang dilakukan dan dia tidak mahu lagi memaksa Lia untuk hidup bersamanya. Dia tidak mahu Lia bersedih lagi kerana terpaksa bersamanya dan akhirnya Joe menceraikan Lia. Lia yang terkejut menangis kerana dia tidak mahu berpisah dengan Joe.

Sebaik keluar dari hospital, rakan baik Joe menghubungi Lia untuk berjumpa dengan nya. Di sana, Razif menceritakan apa yang terjadi sehingga Joe sanggup melakukan semua perbuatan kejamnya itu. Razif menyatakan Joe terlalu mencintai Lia sehinggakan Joe sanggup melepaskan kehidupan lalunya dan berubah 100% hanya kerana dia mahu bersama Lia. Razif juga meminta Lia untuk memujuk Joe kembali ke office kerana Joe tidak lagi mempedulikan sekelilingnya.

Lia pulang kerumah dan mendengar perbualan mertuanya yang Joe sudah lama tidak ke pejabat dan mereka buntu dimana Joe berada. Lia terus mendapatkan Zarul untuk meminjam kunci kereta dan terus menuju ke kondo milik Joe. Lia cuba mengetuk pintu namun tiada sebarang respon. Zarul yang muncul dari belakang, menyerahkan kunci pendua kondo itu kepada Lia dan menyatakan Joe juga ingin bertemu Lia. Zarul turut menyatakan dia bertemu dengan Joe dan melihat kesedihan Joe yang terpaksa melepaskan Lia kerana tidak mahu Lia bersedih lagi. Zarul turut menyatakan sudah tiba masanya dia lepaskan Lia kerana dia tahu hati Lia bukan lagi miliknya tetapi pemilik hati Lia yang sebenarnya adalah Joe. Lia berterima kasih pada Zarul dan menyatakan mereka tetap kawan selamanya.

Mengunakan kunci mendua Lia masuk kedalam kondo Joe. Lia menuju ke bilik Joe dan melihat Joe sedang lena diatas katil. Wajah Joe yang tidak terurus menambahkan kerisauan dihatinya. Dia baring disebelah Joe dan tanganya menyentuh dahi Joe kerana bimbang lelaki itu demam. Terasa sentuhan tangan Lia, Joe membuka mata dan terkejut melihat Lia disisinya. Lia bertanya kesihatan Joe dan Joe hanya mengangguk menyatakan dia sihat. Lia berkata pada Joe mulai sekarang Joe kena hidup bersamanya sampai bila bila dan Joe tidak boleh menyesal. Joe tersenyum dan menyatakan dia takkan berpernah menyesal. Joe dan Lia akhirnya pulang ke rumah ibubapa Joe untuk mengambil barang Lia kerana mereka akan kembali semua ke rumah mereka. Cerita berakhir di bilik tidur Joe dimana Lia mengusik Joe dengan membangkitkan peragai nakal Joe sewaktu dahulu menyebabkan Joe terus berlari mengejar dan memeluk Lia dan Lia sedar yang dia takkan mampu berlari jauh dari Joe.

TAMAT

No comments:

Post a Comment